Tuesday, 22 May 2012

tutorial cara mudah hasilkan wang di facebook

kali ni dothenti nak tunjukkan cara mudah hasilkan wang di facebook bukan facebook jer kat twitter pun boleh.. jadi dari membazirkan masa duk stalking orang tu baik lar join Gush cloud sebab task dia bagi mudah2 jer..

tak yah nak ikut mana2 MLM yang duk sibuk paksa orang join produk yang entah pape tu..
(anti sebab suka paksa orang join dan produk tak jual pun)


sebenarnya dothenti sendiri pun baru jer join beberapa minit lepas..
hasil takdapat lagi jadi untuk tutorial kali ni dothenti akan amik screenshot dari mereka yang dah berjaya hasilkan wang melalui program ni..
ok lupa nak bagi tahu,kalu nak join gush cloud ni boleh daftar kat sini dengan akaun facebook dan twitter

ok,tapi sebelum tu apa beza gushCloud dengan churpchurp dan says.My??

gush cloud adalah berasaskan pay per task seperti like facebook page,follow akaun twitter,post update ke akaun twitter dan lain2 lagi lar..manakala churp2 dan says.my pula berasaskan pengiklanan..

yang kedua nya,gushcloud membayar berdasarkan USD manakala churp2 dan says.my membayar melalui Ringgit Malaysia..

selain tu gushcloud ada jugak karma point macam churp2 jugak lar..dengan karma point ni boleh lar nak redeem hadiah menarik nanti..

Tutorial GushCloud

mula2 sekali daftar gush cloud dahulu dengan akaun facebook atau twitter..
ok boleh daftar kat sini

bila dah daftar nanti boleh lar kejap lagi gabungkan akaun facebook dengan twitter di gush clod..
ok, lepas daftar tu,
mula2 sekali kita akan ke page dashboard pengguna..
camni lar rupa dashboard tu..
1. Lihat tawaran kerja di get rewards
2. klik Gush this untuk terima tawaran kerja.
3. Buat kerja mengikut arahan dengan beberapa klik dan tunggu jer lar bayaran tu..
4. promote this blog(kerja yang takde bayaran)

untuk mendapat karma point pun sama jugak..cuma kene klik dekat do favors dan ikuti langkah2 yang sama..

ok apa lagi join lar gush clod sekaran dengan klik link ni..

Read more...

Wednesday, 11 April 2012

Tips memastikan desktop sentiasa kemas

Bagaimana untuk memastikan desktop kita sentiasa kemas.

1)install dock

dock bagi saya adalah amat penting kerana selain menjadi aksesori kepada desktop saya, ia juga membantu saya dari segi kecekapan terhadap pengendalian komputer.

pada masa kini terdapat pelbagai dock samada perisian percuma atau berbayar namun kebiasanya dock yang memiliki fungsi basic adalah percuma dan ini sebenarnya sudah memadai..Antara dock yang menjadi kegemaran saya adalah rocketdock dari punksoftware,objectdock dari stardock dan nexus dari winstep.Dan banyak lagi dock yang terdapat di internet namun 3 ini adalah yang amat menarik bagi saya.

dan 2 dari dock yang saya nyatakan tadi sedang saya gunakan di komputer saya sekarang.

Ini adalah gambar terbaru desktop saya..

 
disini saya tidak akan menerangkan bagaimana untuk memilih dock tetapi saya akan terangkan mengapa saya menggunakan rocketdock dan nexus.

pertama sekali saya menyukai desktop yang simple tanpa terlalu banyak gadget dan desktop saya haruslah kosong dari folder,shortcut dan document2 supaya ia sentiasa kelihatan kemas.Berdasarkan pemilihan wallpaper untuk desktop saya, amat jelas dan keterlaluan untuk saya gambarkan 'ke-simple-lan' yang saya inginkan.Jadi disinilah fungsi utama nexus terhadap keseluruhan hiasan desktop saya.Bagi memastikan desktop saya tidak kelihatan kosong saya telah customize kan dock saya tersebut supaya mempunyai ikon bersaiz 64 x 64 dan menggunakan tema 'taped-no space'. Dengan begini saya akan mempunyai saiz yang amat ideal dengan skrin komputer dan seolah-olah terdapat kertas lutcahaya yang ditampal di skrin komputer saya.

Namun apa yang menarik minat saya sebenarnya adalah kesan khas flare pada ikon dan gelombang air apabila mana2 bahagian dock nexus di klik.Namun begitu terdapat beberapa lagi kesan khas seperti teleport,magic dan radioactive bagi menggantikan flare tersebut bergantung kepada kehendak pengguna nexus.Apa yang saya cuba maksudkan disini dapat dilihat pada gambar berikut yang mana flare dapat dilihat pada ikon 'capture desktop' manakala ikon skype tergangu dengan gelombang air yang saya nyatakan tadi.

Selain itu apa yang saya sukai tentang nexus ialah fungsi internal command yang disediakan oleh nexus.cara untuk memilih internal command ialah melaui right click > insert new dock item > internal command..disini saya gunakan cpu meter, ram meter dan show/hide icon(my favourite) bagi menyembunyikan semua folder,ikon dan document di desktop saya apabila diklik.

antara fungsi lain yang boleh dilakukan nexus
Banyak lagi yang boleh saya ceritakan tentang nexus namun telah saya janjikan diawal tadi saya akan menceritakan dua dock yang saya gunakan di komputer saya.oleh hal yang demikian saya teruskan dengan rocketdock.

rocketdock dapat dilihat di desktop saya pada gambar dibawah
rocketdock telah saya auto-hide kan supaya tidak sentiasa berada di atas desktop namun sebenarnya dock inilah yang paling lama saya gunakan berbanding nexus dan dock2 lain.Hal ini kerana rocketdock membantu saya dari segi kecekapan penggunaan komputer.Saya hampir tidak menekan butang start di taskbar untuk melakukan tugasan komputer seharian saya.snagat -sangat membantu sebenarnya terutamanya apa yang anda lihat seperti aplikasi komputer apple (yang berwarna hitam).

namun begitu bagi sesiapa yang baru mengenali dock.saya mencadangkan anda unutk menginstall nexus shaja kerana ia sudah mencukupi untuk memastikan komputer anda sentiasa kemas dan cekap.

2) install fences

Selain dari menginstall dock kedalam komputer anda, adalah wajar sekiranya anda turut menginstall fences terutamanya bagi mereka yang suka meletakkan ikon dan folder2 di desktop kerana melalui fences anda dapat mengklompokkan folder dan ikon anda ke dalam beberapa kelompok dengan mudah dan anda juga dapat menyembunyikan folder dan ikon anda hanya dengan klik pada mana2 bahagian di desktop sebanyak dua kali.cara yang sama untuk tampilkan nya.

sungguh kemas bukan??

selain itu,anda juga boleh menamakan setiap kelompok fence yang anda buat.dengan begini ia akan mencepatkan anda mencari folder yang anda letakkan di desktop anda.

maaf tiada gambar untuk fences kerana sejak saya restore point komputer saya.terdapat beberapa isu incompatibality yang tidak saya ketahui kenapa.

jika anda ada tips lain bagi memastikan desktop anda sentiasa kemas sila kongsikan bersama di bahagian komen..

Read more...

Friday, 27 January 2012

pornografi dalam bilbe

Elemen pornografi dalam penulisan bible merupakan suatu isu yang memberi tamparan yang amat hebat kepada penganut agama kristian.Kerana isu inijugalah ramai penganut kristian hilang keyakinan terhadap keaslian kitab mereka. apakah signifikan, moral serta konklusi yang ingin disampaikan dalam bible sehinggakan begitu banyak tempat yang menceritakan tentang pornografi?? Entry kali iniberdasarkan buku tulisan Ahmad Deedat, The choice Dialog Islam dan Kristian terjemahan dalam Bahasa Melayu edisi lengkap jilid 1 dan 2..mukasurat 219 dan 220.

1.Hubungan Seks Antara Ayah dan Dua Orang Anak Perempuannya:
Pada waktu malam kedua-dua anak perempuan Nabi Lot menggoda ayah mereka yang mabuk dan mendapatkan anak darinya.(Bible - Genesis 19:30-36)

2.Anak Laki-laki Berhubungan Dengan Ibunya :
Ruben anak laki-laki tertua dari Yakub, pada saat ayahnya tidak ada, berhubungan seksual dengan isteri ayahnya dan Israel (nama lain bagi Yaakub) mendengarnya.Adengan ini dilaporkan kepadanya,tetapi dia tidak memarahi atau memukul anaknya atas kelakuan tersebut.Tuhan juga tidak memberikan sebuah kata celaan pun kepadanya. (Bible Genesis 35:22)

3.Yahuda Melakukan Penzinaan Dengan Menantu Perempuannya :
Dia dengan segera menjadi hamil dan memberikan anak haram yang kembar yang kemudian menjadi nenek moyang Jesus Christ.Ini bererti Tuhan memberikan penghargaan kepada Yahuda dan keturunanya.(Bible Genesis 38: 15-30)

4.Amnon, Salah seorang Putera Nabi Daud memperkosa Saudara perempuannya :
"Seorang anak laki-laki yang mulia dari seorang ayah yang mulia" berdasarkan Bible yang "suci",Amnon dengan sebuah tipu daya yang hebat memperkosa saudara perempuannya Tamar dan tuhan tidak menghukum atau menegurnya.(Bible - 2 Samuel 13:5-14)

5.Putera Daud Yang lain Memperkosa Ibunya(10 kali berurutan) :
Absalom membentangkan sebuah khemah di atas loteng (anjung yang berada pada atas bahagian bumbung rumah) dan membaringkan 10 isteri(gundik) ayahnya dan memperkosa mereka semuanya satu persatu,di depan mata seluruh Bani Israel.'(Bible - 2 Samuel 16: 21-23)

6.Jeruselem (Orang Yahudi) Pelacur Yang Tidak Pernah Puas :
Tidak bangsa Asyur,babylonia atau Mesir pernah dapat memuaskan pelacur Yahudi tersebut.Pelacur-pelacur lain dibayar oleh klien mereka atas layanan yang diberikan tetapi pelacur ini membayar klien mereka agar dilayani."Dia Membentangkan kakinya untuk setiap orang yang lewat!" (Bible - Jehezkiel 16 : 23-24)

7.Dua orang Perempuan Bersaudara Bersaing antara satu sama lain dalam melacur:
"Bagi kegemarannyaterhadap kekasih-kekasihnya yang auratnya seperti aurat keldai dan kemaluannya seperti kemaluan kuda."(Bible - Jehezkiel 23:1-35)

Jika petikan pendek ini tidak memuaskan Anda,maka bukalah fasal-fasal dan ayat-ayat Kitab Perjanjian Lama berikut ini di rumah.Jangan Lupa untuk menandakannya dengan warna merah agar mudah dijadikan panduan.

(a)"Dia memegang dan menciumnya....
"Marilah kita memuaskan berahi hingga ke pagi hari, dan bersama-sama menikmati asmara.Kerana suamiku tiada di rumah,..."(Bible Amsal 7:7-22)

(b)Berkata wanita tersebut : "Rajaku sedang berbaring di dipannya(bangku panjang tanpa penyandar)..."
"Kekasihku mempunyai ciuman dari Myrrh sewaktu dia berbaring pada buah dadaku".(Bible - Kidung Agung 1: 12-13)

(c)Di atas ranjangku pada malam hari kucari jantung hatiku."...ketika aku menemuinya ...Kupegang dan tak kulepaskan dia,sampai kubawa dia kerumah ibuku,ke kamar di mana aku lahir."(Bible - Kidung Agung 3: 1-4)

(d) "Lihatlah,cantik engkau,manisku;
bibirmu bagaikan seutas pita kirmizi...
buah dadamu seperti anak rusa..
lingkar pahamu seperti permata..
..aku berkata, 'Aku akan memanjat pohin palma..
Oh, buah dadamu seperti sekelompok anggur'."(Bible - Kidung Agung 4:1-7)

(e)"Dan Simson pergi ke Gaza, dilihatnya disana seorang perempuan sundal (seorang Wanita Tuna Susila), dan dia menghampirinya (melakukan hubungan seksual dengannya)."(Bible - judges 16:1)


Read more...

Monday, 23 January 2012

'Couple' Yang Halal

Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

sumber asal:http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4148-couple-yang-halal.html

Read more...

Monday, 2 January 2012

hasilkan presentation dengan prezi

Bila menghasilkan presentation sudah tentu kita mahukan yang terbaik.Pada kebiasaanya kita menggunakan microsoft powerpoint atau open office impress untuk menghasilkan sebuah presentation.Namun kedua2 software ini belum tentu dapat menghasilkan sebuah presentation seperti prezi.Dengan prezi kita mampu untuk menghasilkan presentation yang simple tapi penuh bergaya.Disini aku sertakan sekali sebuah simple presentation yang aku hasilkan dengan prezi.
http://prezi.com/



Read more...

Thursday, 22 December 2011

mface laman sosial tempatan

tajuk dah jelas jadi tak payah lar intro panjang2..lagipun aku taip ni pukul 5.30 pagi jadi malas nak cakap banyak..

apa yang kita perlu tahu tentang mface..

  1. dihasilkan oleh anak tempatan
  2. pengerusi mface ialah dato Ac Mizal
  3. Dilancarkan di Hotel Double Tree.
  4. micro blog macam twitter(maybe lar aku tak guna twitter)

jadi macam mana rupa mface ni?? jom kita tengok..


ok jugak lar kan..bahasa orang putih,not bad..tapi memandangkan navigation mface ni agak mengelirukan,aku rasa baik aku tulis something so sapa2 baca ni ada lar sedikit tergerak hati nak sign up mface lepas tu like aku punya latest post banyak2..lepas tu boleh lar aku menang ipad..hehehe..



1)yang tulisan merah ni home button...sapa yang tak tahu function home button tu,function dia sama jer dengan home button facebook.

2)tu utk cari kawan..tulis nama kat situ lepas tu klik macam biasa lar kan..contoh taip nama aku."farouq zakwan" tapi macam mana nak add friend??drag jer gambar aku lepas dah jumpa..situ boleh lar nak follow aku pun..hehe jangan lupa like aku punya latest post kat mface..

1st

2nd

3)no ke 3 yang gambar  pertama tu function dia untuk logout dan edit profile..lalu jer cursor kat situ,akan keluar dropdown menu..betul ker nama dia dropdown menu??dah lupa subjek comp1 dulu..baru jer blajar.selin tu boleh jugak ubah profile kita dekat no 3 kedua tu..




4) tu gambar aku..macam budak2 kan??kwsn tu function dia macam wall facebook..semua post orang yang kita add dan follow kluar kat situ..aku biasanya guna gambar aku tu untuk ke profile aku..kat sana boleh pilih template untuk profile kita..sekarang ni baru ada 2 template yang boleh kita pilih..kat profile tu boleh lar tukar banner dan background image..satu cara lagi untuk ke profile kita tekan button profile.tengok gambar mula2 sekali nama aku yang warna merah "farouq".

jadi apa lagi??jom sign up http://www.mface.me/ dan like aku punya post kat mface..




Read more...

Sunday, 11 December 2011

jom kenali jenis perfume


Jenis2 perfume yang terdpat di pasaran.


1. Cologne
2. Eau de Toilette (EDT)
3. Eau de Perfume (EDP)
4. Parfum


Apa yang mmbezakan kesemua jenis perfume ini adalah dari segi kepekatan minyak harumannya samada diekstrak dari semulajadi mahupun sintetik.


Kepekatan minyak haruman perfume


Cologne                       -        mengandungi 4% minyak pati haruman
Eau de Toilette(EDT)    -        mengandungi 8%-15% minyak pati haruman
Eau de Perfume(EDP)  -         mengandungi 15%-22% minyak pati haruman
Parfum                       -         mengandungi 22% minyak pati haruman.


Kandungan dalam perfume yang selebihya adalah alkohol dan air.Oleh sebab Parfum mempunyai kepekatan minyak haruman yang lebih tinggi maka ia mampu bertahan lebih lama berbanding haruman dari jenis perfume yang lain.

Read more...